<body> <body>

Negeri Sembilan Pelegong
Thursday, July 10, 2008
7:09 PM

Pada 11 hb Jun hingga 14 hb Jun, sekumpulan murid-murid daripada menengah dua telah ke Kampung Pelegong, di Negeri Sembilan. Banyak yang kita dapat pelajari di sana.
Pada hari pertama, kita membuat “Batik Painting” di Johor Baharu. Selepas itu, kita meneruskan perjalanan kita ke Pelegong. Setiba di sana, kita bermula dengan bersalam-salaman dengan keluarga angkat kita. Sesudah itu, kita bercuba berkenal-kenalan dengan mereka di dalam kampungnya. Pada waktu malam, kita mempelajari bermain alat tradisional musik mereka, iaitu Cak Lempong. Kita pun mempelajari menari tarian tradisional mereka, iaitu Tarian Piring.
Pada hari kedua pula, kita membuat “river trekking”, sungainya amat sejuk dan menyenangkan. Kami pun dapat mempelajari tentang tanah liat yang terdapat di persisiran sungai itu. Aktiviti pada waktu petang ialah, bermain permainan kampung dan kita pun dapat berjalan-jalan ke sekitar kampung bersama-sama. Dari situ, kita dapat mempelajari banyak benda tentang tumbuhan-tumbuhan di kampung. Kita pun dapat mencuba memancing dan melihat kambing-kambing di sana. Pada waktu malam pula, malam kebudayaan telah diadakan. Untuk lebih meriahkan sambutan itu, setiap murid harus berpakaian tradisional melayu yang dipinjam oleh keluarga angkat mereka. Kita pula harus mempersembahkan Tarian Piring dan permainan Cak Lempong yang kita sudah pelajari pada malam yang pertama. Sambutan pada malam itu sungguh menarik dan semua orang, termasuk guru-guru berseronok dengan sambutan malam itu.
Pada hari ketiga, kita telah ke Sekolah Menengah Agama Perseketuan. Kita berjalan-jalan ke sekitar sekolah itu dan melihat bagaimana lainnya sekolah di sana dan di Singapura. Apabila kita sudah pulang ke kampung, kita mempelajari bagaimana harus membuat lemang dan memasak lemak cili api. Activiti selepas itu ialah “Explore Race.” Ia menguji berapa banyak kita sudah pelajari daripada “Kampung Walk” yang telah diadakan pada hari kedua. Pada waktu malam pula, kita membuat kraft tangan. Kita mempelajari bagaimana harus membuat bakul kecil dengan menggunakan rotan.
Hari terakhir, ialah hari yang paling menyedihkan untuk kita semua. Sebelum pulang ke Singapura, kita mendapat hadiah sebagai cendara mata kita di sana. Gambar-gambar pun dipetik bersama-sama. Ada yang menangis selepas bersalam-salaman dengan keluarga angkat pada kali terakhir. Tidak akan kita lupakan dengan pengalaman kita di sana dan kita harap, kita dapat berpeluang untuk ke sana lagi. Amat rindu kita dengan kampung itu dan semua keluarga-keluarga angkat kita di sana.

Projek Cerpen anjuran Mediacorp dan Taman Warisan
Wednesday, June 25, 2008
10:23 PM

Seri Rahayu seorang pelajar daripada kelas 4A, amat berminat dalam penulisan dan juga sastera melayu. Dia telah memberanikan diri untuk menghantar salah satu daripada hasil tulisannya untuk dimasukkan ke dalam peraduan Projek Cerpen. Dia adalah di antara 50 peserta yang telah dipilih untuk mengambil bahagian di dalam Projek Cerpen ini. Setelah 24 jam bertungkus-lumus di dalam Istana Kg Gelam bersama 49 peserta lainnya akhirnya, karya yang terdapat di bawah ini adalah hasilnya. Satu percubaan yg baik! Selamat menikmati!


“Buang Bayi itu,Aku tak nak jaga anak ini.Aku tak nak tanggung bayi ini kalau kau simpan.Aku lagi muda.Aku tak sedia untuk kahwin.Kita terlalu muda,”kata Zaki,teman lelaki Liza.

“Kata-kata kau tak boleh gunakan lah ini?Angan-angan kita?Kau lupa.Janji kau.Kau sendiri kata aku tak akan hamil.Gini kau buat aku?”marah Liza

Liza adalah anak bongsu kepada dua adik-beradiknya.Dia sorang anak yang pintar.Tetapi Sejak mengenali Zaki beberapa bulan yang lalu dia banyak berkhayal.Tidak kira masa dan tempat.Sering dimarahi oleh guru sekolahnya.Lebih lagi dia telah mengepikan pelajarannya.Lagi-lagi Liza aliran Express.Hanya Zaki di dalam alam fikirannya.Ibubapanya kerja siang malam untuk memberinya kemewahan kepadanya.Ibunya bekerja di cawangan gerai makan segera.Ayahnya pula adalah pegawai keselamatan di Bangunan Menteri Pelajaran.Kedua kakaknya berkuliah Universiti Nasional Singapura.

Janin dalam kandungannya hanya 3 minggu.Liza tidak sangka bahawa kata-kata Zaki boleh menjadi bergitu pedas.Liza kecewa sifat Zaki.Dahulu Zaki telah banyak memberi janji-janji manis.Malahan sekarang semuanya kosong sahaja.Liza tidak sangka apa yang dikata oleh Zaki.Liza rasa dia dipergunakan.Dia kesal.Dia sedih.Zaki cuba memujuk Liza dengan kata manis dan pujuk rayu .Akhirnya, Liza setuju untuk membuang janin yang tidak bersalah itu walaupun dia berat hati untuk Liza membuang bergitu sahaja.

Pada hari keesokkan,Mereka ke Hospital suwasta. Zaki menggunakkan wang simpanannya untuk membayar rawatan dan ubat. Berjam Zaki menunggu Liza di bilik hospital itu.Apabila katil hampiri.Zaki dapat lihat pipi liza basahi air.Mereka hanya bicara dalam sepi.Berapa bulan kemudian,Zaki telah memutuskan hubungan mereka untuk selamanya.
Katanya: “aku tidak tahan perangai kau sekarang.Kau nagis pasal benda yang telah berlalu.Bila aku mintak kau tak nak kasih.Kau dulu janji untuk kasih apa yang aku nak.Abih sekarang?Kau memang perumpuan tak masuk akal.Aku rasakan baik kita pisah sahaja.Cari haluan sendiri.Lepas msg ni,jgn harap kita ada apa-apa.SEMUANYA PUTUS.bye

Liza telah mengunci dirinya di bilik hari-hari selepas membaca sms ini.Ibubapanya keliru dan terlalu buntu mengapa dia jadi bergini.Ibunya telah hilang kesabaran kerana tidak mahu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.Ayahnya mengantara ke doktor Institusi Kesihatan Mental.Walau bagaimanapun caranya Liza tidak mahu membeitahu kebenarananya.Kehidupan Liza bak bagai nakhoda hilang arah.

Setelah bertahun berlaku.Masih tiada siapa pun tahu.Liza tidak dapat melupakan hitam peristawa itu.Kadang-kala terbawa-bawa dalam mimpi. Pelajarannya dihenti kerana dia sering poteng sekolah tanpa alasan.Ayahnya selalu daftarnya di khusus-khusus tertentu untuk meningkatkan pengalamannya tetapi hanya khusus mengambil lesen kereta dan bas dia lulus.Sejak ada Lesen Liza selalu memandu seorang dan pergi ke tempat sunyi untuk mengisi masa kosongnya.

Sekarang Liza terpaksa mencari kerja untuk menampung belanjar keluarga.Kakaknya mempunyai keluarga sendiri.Setelah berbulan mencari kerja.Dia telah dapat kerja sebagai Pemandu bas sekolah di Sekolah Rendah berdekatan.Walaupun gajinya tidak besar tetapi ia dapat menyuapkan tiga beranak dan belanjar kos ubatan mereka.Baru-baru ini,Ibunya menghadapi darah tinggi dan ayahnya sakit jantung. Ibunya lazimnya berada di rumah.Ayahnya pula bekerja pegawai kebersihan di estate perumahan mereka.Ini dapat mengurangkan beban Liza.Mereka sekeluarga tinggal di rumah kecik.Studio apartment di Commonwealth.Rumahnya berdekatan di MRT dan tempat makan yang enak.Lagipun sudah bertahun mereka di sana.

Berapa bulan kemudian,bapanya dimasuk di hospital berdekat. Bak sang matahari bercahaya dengan kuat pada petang itu dan tiada simpati si angin untuk lap peluh.Pada masa itu,Bapanya bekerja lebih masa kerana mahu meringankan beban Liza.Tetapi hasratnya kebaikkannya tidak kesampaian dan restu kepada tuhan yang maha adil.

“Pak?ni Lina.Ayah dengar tak?” kata Kata lina,kakak sulung Liza.
“hmmm...”jawab Ayahnya.
Ayahnya membuka matanya.Ayahnya melihat Isterinya dan Lina di sisinya.Isterinya bersyukur kepada yang maha esa bahawa suaminya sedar setelah berjam menunggu.Dia bertanya mengapa dan bagaiman dia masuk hospital ini kerana dia tidak ingat apa yang berlaku..Lina menjelaskan kesemuanya kepada ayah sampai ayah mabok kerana Lina bercerita terbelit-belit
“Ayah tadi pengsan.Ayah tengah sapu sekali ayah jatuh kata uncle Steven,”kata Lina dengan penuh semangat.
Ibu pun boleh tersenyum dan ketawa mendengar Lina bercerita.

“ Mana Liza?”ayahnya bertanya.
“Dia sedang datang lah tu kot,”kata Lina.
Liza sedang memandu bas sekolah yang penuh dengan lawak ketawa murid-murid darjah 2.Ada juga daripada murid ini selalu berbual dengan Liza.Dia dengar talifon bimbitnya berbunyi.Nombor yang pampang di talifon bimbit itu adalah nombor yang dia tidak kenalinya.Dia tidak mahu mengambil risiko untuk mengankat talifon itu kerana dia pernah disaman untuk memandu dan berbuual di talifon sekali.Serik dia kena sekali.Katanya selalu biar sekali,jgn berkali-kali.Namum bagaimanakan dia tidak rasa sedap hati.Bagaikan sesuatu akan berlaku.Dia perdulikkan perassannya itu.

Ibunya di hospital menalifon Liza menggunakan talifon awam kerana ibunya tidak membawa talifon bimbitnya. Dia bingung mengapa liza tidak mengakat talifon.Mungkin kerana dia sedang bekerja.Berkali-kali ibunya menalifon tetapi tidak sekali pun Liza angkat.Ibunya berputus asa.Ibunya balik ke bilik katil ayahnya dan lalu mengeluh.

“Tak sanggup aku lihat raut wajah suamiku sedih dan kecewa jika aku kata dia tidak mengangkat panggilan itu. Tetapi aku tidak sanggup menipunya. Ya Allah,ampunkan dosa hambamu yang lemah ini.aku tidak sanggup menipu suamiku.Aku terpaksa menipu kerana aku tidak mahu kesakitan melarat lama-lama.Aku tak sanggup Ya Allah.Ya Allah ampunkan dosa-dosa hambamu yang lemah apalagi terhina ini,”bisik ibunya di perjalanan ke bilik suaminya sambil mengelapkan airmatanya yang jatuh bertitisan.

Apabila ibu Liza pulang ke bilik itu.Dia bertopeng muka kegembiraan.Dia senyum dan mengata bahawa Liza sedang sibuk kerja dan akan datang sebentar lagi.

“Alah Liza itu pentingkan kerja sahaja.Si Lisa pulak asyik-asyik ada kerja di luar negara kerana outstationnya kerjanya.Dah lima tahun dia tak raya dengan kita ibu.Bila nak balik pun tak tahu..Bapak di sini baring atas katil hospital bukan nak ambil cuti kecemasan.Lina sanggup turun walaupun Lina ada urusan rumah tangga dan kerja.Apa ni?Anak-anak tak bertanggung jawab.Harapkan mak bapak sahaja tak ta...” sindey Lina di depan Ayahnya.

“Sudah!Aku dan bapak jaga kau masa kecik.Kau pandang rendah dengan daging kau sendiri.Adik-adik kau sendiri.Adik kau lah yang kerja untuk jaga ibu dan ayah engkau.Kau setahun sekali datang rumah aku.Kalau ada hal wang Adik kau lah yang pinjamkan wang itu untuk beli gelang emas bernila $400.Kau ingat aku tak tahu apa kau buat selama ini?Aku mak kau,Ibu kau.Aku bukan dilahirkan semalam.Di tidak sekali pun kata ....” ibunya berhenti dan lalu pengsan di dalam hospital itu.

Jururawat dengan segera membantu ibunya yang terjatuh di lantai terbaring .Suaminya yang lemah cuba membantu isterinya yang pengsan tetapi tak perdaya.Mereka baringkan ibunya di katil berdekatan.Lina dengan segera menalifon Liza. Liza akhirnya angkat panggilan.

“Liza Cepat datang ke hospital SGH.Ibu pengsan.Sepat Ward 49B.Katil 35.Cepat Liza!” dangan Suara Lina yang cemas.
“Kaka.....”belum sembat liza hendak jawab Lina telah letak.
Liza beku.Dia terdiam.
“Apa Jadi?ibu?Arhhhh..”fikir Liza
Liza dengan segera makan satu pill ubat stress oleh doktornya untuk tenangkan fikirannya itu.Tetapi satu tidak cukup kerana doktor arahkannya makan 3 pill.Dia menalifon Ah Seng untuk mengambil tempat mengganti dirinya.

Apabila Ah Seng tiba mereka bertukar kata.Liza terus menahan teksi.Dan naiki teksi itu.Ah seng pula jumpa ubat Liza di tempat duduk pemandu.Ah Seng cuba cari dia tetapi di sudah pergi.Dalam 15 minit Liza sampai di Hospital Besar Singapura.Liza tergesah-gesah mencari tempat itu.Dia lari kehulur-kehiling merata-rata tempat.

“Maaf cik,mana ward 49B?”tanya Liza.
“Ward 49B di tingkat 4 puan,” kata jururawat itu.

Dengan pantas dia mencari lif tanpa mengucap terima Kasih kepada jururawat itu.Dia nampak lif itu.Hampir pintu lift itu hendak tutup.Jarinya yang panjang sempat menekan butang itu.Liza dengan segera masuk di lif itu tanpa membuang masa.Dia tercungap-cungap kerana kepenatan lari kehulur hilang.Liza mendengar ketewa kecilan dia perasan bahawa rambutnya bagaikan org tidak sikat rambut
.Lif itu menaiki ke tingakat 2 dan ramai telah keluar.Tinggal beberapa orang dan budak-budak kecil.Apabila hendak ke tingkat tiga.Lif itu henti.Dan Lampu lif terpadam.budak-budak kecil itu genggam tangan.Liza mula hentak tangannya di pintu dan menekan loceng kecemasan.Dia tekan berkali-kali.Hentakkannya berkali-kali tanpa henti seperti dia mempunyai tangan besi.Tiada yang dapat menolong merek.Ada orang di luar mengetuk pintu lif.Mereka cuba berbual tetapi mereka hanya boleh dengar bisikkan.

Mereka di dalam sudah takut untuk dekat dengan Liza kerana dia tiba-tiba meraung dengan kuat dan hentak dirinya di pintu lif.Satu budak kecil mula nagis.Lain pun ikut kerana takut dan nagis.Orang dewasa yang berada bersama mereka cuba hentikan nagis budak-budak kecil itu.Ada sempat bagi gula-gula,main permainan talifon bimbit dan banyak lagi.

Apabila Liza mendengar tangisan anak-anak comel itu.Dia teringat hubungan terakhirnya dengan bekas teman lelakinya Zaki.Dia teringat kata-kata manisnya,raut wajahnya,suara merdunya.Terutama sekali apabila Zaki menyuruhnya membuang janin yang tidak bersalah itu.Perasaan kesal yang telah lama dia tepikan,muncul kembali.Perasan yang sakiti hati.Airmatanya mula menintis dan dia meraung di lif itu sekali lagi.Apabila dia membuka mata,dia lihat seorang anak kecil di hadapannya.Raut wajahnya tidak hilang seperti Zaki..Dia berpakaian kemeja T dan pipinya tembam sekali.bibirnya merah.Berkulit putih.

“Mari sini Sayang...” Liza memanggil budak itu.

Budak kecil itu takut...Dia takut jikalau Liza akan memukulnya.Airmata mula menintis satu per satu kerana ketakutan yang teramat.

“Kenapa takut sayang?mari lah sini.Mamakan di sini?.Mari sayang mari.”Panggilan liza.

Budak itu kehadapan secara perlahan.

“CEPAT MARI SINI...KENAPA LEMBAB SANGAT!!!???” jerit Liza.

Semua orang terdiam dan membisu kerana tidak mahu terbabit dengan apa-apa.Budak itu pengsan kerana ketakutan.Liza dengan segera mengankat budak lelaki itu dan dokongnya.

Ibunya sedar.Dia lihat Suaminya di katil dan anaknya Lisa di sisinya.
“Mana Liza?” ibunya menanya.
“Dalam perjalanan kot atau di lif yang tak bergerak itu agaknya.Mana lah saya tahu mak!”kat Lisa dengan muke slumber.
“erh Zian”kata ayah terkejut melihat menantunya.
“Dari mana nak?”tanya mertuanya.
“Dari rumah mak saya,”Zain menjawab.
“Cucu aku semua mana?” tanya ibunya.
“ouh mereka di rumah ibu saya,’jawab Zain, “Tadi Saya dapat tahu lif yang di tengah rosak,ia tidak bole bergerak.Nasib baik saya tidak masuk.”
“Yalah tu” bisik Lisa dengan senyuman gurauan.

Di Dalam lif itu.Liza mendokong budak itu dan menepuk bontot budak itu..Dia dodoikan budak itu.Dia sanggup meniup budak itu masa badannya panas.Ia kelihatan seperti kesayangan antara ibu dan seorang anak kecil.

“Shhhhh!!!!!Diam anakku sedang tidur.Jangan buat bising!,”katanya dengan kata yang garang.Tetapi tiada seorang yang membuat bising.Semua keliru mengapa dia marah tanpa sebab.
Dia sempat menjeling satu pada kaum ibu di lif itu entah mengapa.Liza jalan berputaran di lif itu.Di bilik hospital Lisa dan suaminya bersembang dengan ibubapa Lisa.Ibubapanya kelihatan pucat hodoh,bibir mereka kering dan bawah matanya gelap.

Tiba-tiba lampu lif ada dan lif bergerak semula.Sebaik pintu lif bukak.
“Tolong!Anak saya sakit pengsan,”menjerit meminta tolong.
Jururawat itu mahu menolong.Tetapi liza tidak mahu melepaskan Budak itu dia genggam budak itu dan mati-mati tidak mahu melepaskan budak itu.
“Kau nak ambil anak aku kan?kau ingat aku tak tahu erh?”kata Liza sambil menolak jururawat ke tepi.”arhhh...Sana engkau!”
Dia dengan secepat mungkin melarikan diri sambil mendokong budak itu ke atas bumbung.Ramai mahu mengejarnya.Liza lari tertemu dengan ibu kepada anak yang liza ambil.
“IBU!!!!Tolong Boy!....”kata anaknya itu.
Di katil pula.Ibunya khayal.Ayahnya dan Zain bersembang kosong antara satu sama lain.Lisa pula hanya boleh ketawa dan senyum apabila mendengar apa dua jejaki yang dia cintai bual.

“Erh,Lu mau dengar cerita?”kata aunty Li
“apanya Li?”kata ibu
“Wa dengar cerita di bawa ada orang perumpuan curi budak kecik.Wa terpelanjat.Wa tak bolah angkat.sekarang orang tu di atas bumbung kita.Dia mau bunuh diri agaknya.Wa pun tak tau lah.”kata aunty Li.

Lina dan Zain terdengar perbualan itu.Mereka pun sibuk tengok apa yang berlaku.Mereka terpaksa gunakan anak tangga untuk ke atas.Di cungap-cungap lina dibuatnya.
“Ini abang kalau sepuluh kali saya naik.Mesti kurus badan saya ya?”kata lina dengan suara manjanya.Suaminya senyum sahaja.
Apabila sampai di atas Lina lihat seseorang yang berwajah seperti adiknya bersama seorang budak di atas selusur.Dia lihat lagi.Memang betul itu adikknya.

“Liza,Turun Liza!Apa kau buat ni?Turun adik...Ya Allah.Mengucap!”Dengan suaranya yang lemas.
“Tak Nak...Kakak Tengok Anak sedara Kakak...Comel tak?”tanya Liza.
“Kau ambil anak siapa ini?Pulangkan kepada keluarganya,”kata ibunya.
“Ibu dari mana???”tanya Liza.
“Anak Aku!!!Pulangkan lah!ANAK AKU...Boy!!!”kata seorang wanita ini.
“INI ANAK AKU.AKU PUNYA.KAU SIAPA?”pekik Liza.
“Aku lah ibunya.Yang telah mengandungnya 9 bulan.Dan melahirkannya selama 19 jam!PULANGKAN ANAK AKU!”jawab wanita itu.
“Kau jangan dekat dengan aku.Nanti Aku terjun dengan anak aku!Kau jangan cabar aku!JANGAN DEKAT!”kata Liza
“Liza turun sayang.Ayahkan ada di sini.Jangan buat kerja bodoh sayang.Bapak Sentiasa Sayangkan kamu,liza,”Kata bapa.
“ARHHH....DIAM KAMU SEMUA.KALAU KAU NAK KITA SELAMAT TINGGALKAN AKU DENGAN BAYI INI,”jeritnya.
Budak kecil itu hanya terdiam kerana tidak tahu apa hendak dilakukan nya.
“Liza tolong lah turun!Kau da besar panjang.JANGAN buat hal budak-budak,”kata Zain.
“DIAM KAU!Kau siapa menghalanga kau ini?Kau siapa?”jawab Liza.
Liza lihat wajah Boy.Pipi boy basah dengan tangisannya.Matanya merah.Badannya panas.Liza memberi kucupan di pipi dan dahi Boy.Dia berbisik dengan Boy.Hanya mereka sahaja yang tahu.Dia lepaskan Boy di lantai.

“Ayah,Liza sentiasa sayangkan kamu.Selamat tinggal,”kata Liza dengan senyuman manis yang tidak dilihat selama bertahun.Dia terjun jatuh,pada waktu sama bapanya diserang sakit jantung.Pada masa ini agak teruk.

Beberapa hari kemudian,Suroh Yasin dibaca merdu.Tangisan sayu didengar.Di tengah-tengah ruang tamu ada seorang diselimut baldu putih...

Hasil Tulisan :
Seri Rahayu
4A

PESTA BAHASA @JJC
Wednesday, June 18, 2008
9:54 PM


Pertandingan Sahibba, Siapa Cepat Dia Dapat 2008
Wednesday, February 27, 2008
2:24 AM

                                                             
                                                               Peserta pertandingan Sahibba


Siti Suhastri (4E1) dan Puteri Hazlinda (4E2) telah mewakili YISS untuk pertandingan Sahibba Siapa Cepat Dia Dapat 2008. Setelah berlatih selama beberap minggu, mereka akhirnya bertanding di ruang pertandingan Instituisi Millenia. Pada 23 Feb lalu, kedua-dua perserta berpeluang berawan dengan peserta-peserta dari Sekolah Menengah Si Ling, Evergreen dan Fuhua. Ini membuka ruang yang lebih luas untuk Siti Suhastri dan Puteri Hazlinda untuk membawa piala pulang. Setelah 3 pusingan berakhir, 15 minit untuk setiap pusingan, akhirnya mereka berasa sedikit lega dan tenang. Sementara menunggu keputusan, kami menanti di dewan auditorium sambil menyaksikan filem 'Mukhsin' dan persembahan oleh Perbayu, yang dianggotai oleh pelajar melayu Instituisi Millenia. Setelah menantikan selamak 45 minit untuk kehadiran tetamu terhormat, keputusan pun diumumkan. Tahniah kepada Siti Suhastri kerana memenangi tempat ke sepuluh secara keseluruhan bagi kategori menengah atasan. Mereka tetap berfikiran positif dan tidak berasa kecewa walaupun mereka kalah di yangan Sekolah Menengah Tanjung Katong yang memenangi kategori menengah atasan dan juga kategori secara keseluruhan. Thaniah kepada yang menang, dan yang kalah usahlah berkecil hati kerana menang dan kalah ialah adat pertandingan. Saya yakin, walaupun Hazlinda gagal memenangi piala, beliau tetap berasa berpuas hati kerana beliau dapat menjadikan pertandingan ini sebagai satu memori yang sukar dilupakan.
                                                  
           Puteri Hazlinda cuba mengatasi pelawannya semasa pusingan kedua.


                                         
     Siti Suhastri memberi senyuman konfident setelah akhirnya pusingan ketiga.





Piala Khatulistiwa 2007
2:15 AM

Kedengaran gong dipukul dan rebana digendang memenuhi dewan Politeknik Ngee Ann pada hari Sabtu 22 Disember. Hari tersebut penting bagi kumpulan-kumpulan dikir barat yang menyertai pertandingan. Piala Khatulistiwa 2007. Kumpulan-kumpulan dikir barat kami, Citra Putra, juga tidak ketinggalan. Setelah berlatih berturut-turut  untuk beberapa minggu, akhirnya mereka akan mempersembahkan yang terbaik pada hari itu. Penyokong-penyokong Citra Putra turut memeriahkan lagi suasana. Untuk memberikan mereka semangat, penyokong-penyokong Citra Putra juga telah membina sebuah sepandut yang mempunyai nama-nama setiap ahli anggota Citra Putra.  Di belakang pentas, Cikgu Azriana membantu mendandankan mereka dan sudah tentunya memeberi kata-kata perangsang.

Pertandingan bermula sekitar 11 pagi. Citra Putra sedar bahawa mereka akan bersaing dengan beberap kumpulan dari Politeknik dan pelajar dari Institusi Teknikal yang lebih berpengalaman. Mereka berasa amat gementar. Maklumlah, Citra Putra hanya dibina beberapa bulan yang lalu. Walaupun begitu, mereka tidak akan mensia-siakan penat lelah semasa berlatih dan tetap mempersembahkan yang terbaik. Menang atau kalah sudah menjadi adat pertandingan kan?

Semua kumpulan dikir barat hebat-hebat belaka. Citra Putra adalah persaingan ketiga untuk membuat persembahan. Semasa mereka menjejak ke pentas, kelihatan wajah-wajah mereka penuh dengan semangat. Juara kami berjaya menjual seni kata lagunya walaupun tidak sepenuhnya. Mujurlah tukan karut tidak lupa karutnya.

Keputusan diumukan pada jam 4 petang. Sebelum pengumumman, para juri telah memberi beberapa pesahan agar kumpulan dikir barat dapat memperbaiki persembahan mereka. Sayang sekali, Citra Putra tidak membawa pulang hadiah. Walaupun mereka kalah, mereka tetap bangga dengan pengalam yang telah diperolehi.

Sunday, December 23, 2007
1:27 AM

14 Disember .
9-12ptg.

Selain dari berlatih untuk pertandingan , Citra Putra juga harus mempersembahkan yang terbaik pada hari 18Disember nanti . Kanak-kanak dari IYAD childcare centre akan turun pada hari tersebut untuk mempelajari dan mendekati lagi dengan budaya Melayu . Abang-abang Citra Putra sudah tentu akan mengajar mereka cara berdikir barat .Mesti suasananya meriahkan?

Wahai Citra Putra ,
Kanak-Kanak IYAD semuanya manja,
Alamak! Tinggal 8 hari sahaja !




10 Disember.

Walaupun masa sudah suntuk , mereka masih sempat untuk bersuka-ria di Costa Sands Resort. Cuaca pada hari itu tidak berapa mengizinkan . Mereka terpaksa menghindari daripada bermain di luar . Tanpa berlengah lagi , Citra Putra menyambung latihan mereka.Sementara menunggu anggota-anggota yang lain tiba , ada di antara mereka telah mengongsi idea-idea baru . Ini sudah tentu memberi manfaat kepada kumpulan itu kerana kreativiti juga adalah salah satu kriteria dalam pertandingan mereka. Sesudahnya anggota-anggota yang lain tiba , mereka masih berlatih hingga lewat malam . Mudah-mudahan kerja keras mereka berbaloi !

Wahai Citra Putra ,
Sebelum tidur gosoklah gigi,
Cepat ! Hanya 12 hari lagi !


Thursday, December 20, 2007
6:57 PM

7 Disember.
9-12ptg.

Kilat sambung –menyambung . Hujan turun dengan lebat . Ramai tidak hadir untuk latihan hari ini . Namun begitu , anggota-anggota yang hadir tetap berlatih dengan bersungguh-sungguh. Mereka saling bantu-membantu dan memeriksa jika ragam-ragam dilakukan dengan sempurna . Pada hari ini, saya juga telah melangsungkan sebuah wawancara bersama anggota termuda Citra Putra , Alfyan Al-Qusyairi , 1T1 .

Anda ialah anggota termuda Citra Putra. Apakah perasaan anda semasa bekerja dengan anggota-anggota yang lebin dewasa dari anda ?

“Pada mulanya , saya berasa takut kerana saya tidak beberapa mengenali mereka . Tetapisetelah beberapa latihan, saya dapati mereka peramah dan sering membimbing saya .Kini, saya berasa bangga menjadi salah satu daripada anggota Citra Putra .”

Sudahkah anda bersedia untuk pertandingan yang akan tiba?
“Saya masih kurang yakin kerana masih banyak lagi yang harus saya pelajari . Namun begitu , saya tidak akan berputus asa”.

Wahai Citra Putra ,
Ramai yang ada urusan sendiri
Ingat ! Hanya 15 hari lagi !


SEKOLAH MENENGAH YUSOF ISHAK

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Guru-guru yang terlibat bersama:

Cikgu Azriana
dan
Cikgu Nor Azizah

Pelajar yang telah menjayakan blog ini:

Wartawan
Nurul Fathin
Noor Athishah
Nur Faiqah
Muhammad Quraisyidin
Nur Afizah
Nur Farah
Mardhiah

Jurukamera
Fikri
Khairul Ridhwan
Nizam

Webmaster
Ros Syazlin
Elyas
Muhammad Haiqal

Editor
Siti Suhastri

blog-blog pelajar
Fathin 3E2
Haiqal 3E2
Quraisyidin 3E2
Syahidah 3E1
Izdihar 3E2
Hazlinda 3E2
Fahmi 3E2
Sifra 3E1
Hakim 3E1
3A Melayu Gerek
3A Yimb-Kanaas

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

KEJAYAAN

March 2007
July 2007
August 2007
December 2007
February 2008
June 2008
July 2008