Perlawanan akhir sepak takraw
Wednesday, March 28, 2007
1:24 AM

Perlawanan sepak takraw antara Sekolah Menengah Yusof Ishak dan Sekolah Menengah Yuhua telah diadakan pada 24 Februari di Sekolah Menengah Dunearn. Koc, Cikgu Yusri, Cikgu Azriana, Cikgu Siti dan beberapa jurugambar turut hadir untuk memberi sokongan mereka.
Pada jam 3.15 petang, pasukan daripada C Division telah memulakan perlawanan regu pertama. Mereka kelihatan agak gementar lalu koc mengumpul mereka untuk membincangkan strategi. Pada mulanya, perlawanannya semakin hangat tetapi sayang, Yuhua mendapat gol p

ertama.
Ini tidak membuat mereka menyerah kalah. Pasukan ini tetap berjuang dengan semangat yang berkobar-kobar.
Setengah jam berlalu, malah pasukan kedua sedang mencuba menentang pasukan lawan. Salah satu daripada mereka cekap mengawal bola dan sorakan semakin lantang. Kecekapannya telah membawa hasil. Pasukan ini telah memenangi regu kedua!
Masalah mula timbul ketika pertengahan regu ketiga. Pasukan ini sering menendang bola takraw itu keluar dari jaring.

Akhirnya, Sekolah Menengah Yuhua tidak dapat mereka tewaskan. Koc mengumpul mereka dan mengucapkan syabas. Walaupun mereka kalah, biarlah ia menjadi satu pengajaran bagi mereka supaya berlatih bersungguh-sungguh.
Pada 7 malam, tiba masa untuk mengisytiharkan pingat kepada sekolah-sekolah yang telah menang dalam perlawanan ini. Sekolah Menengah Yusof Ishak haruslah berasa bangga kerana pasukan sepak takraw kami telahpun berjaya memasuki pusingan Nasional! Syabas kepada semua yang terlibat dalam perlawanan ini!
Wawancara kapten pasukan, Md Ridzuan 4N1

Apakah pendapat anda terhadap koc anda?
Dia adalah seorang yang penyayang walaupun dia garang, Saya amat terharu dengan kejujurannya semasa Latihan. Apa sahaja yang dilakukannya adalah untuk kebaikan kami. Dengan itu, saya amat bersyukur kerana mendapatnya sebagai koc saya.
Sebagai seorang kapten dalam pasukan,tahukah anda tentang kelemahan yang terdapat dalam C division?
Mereka lemah mengawal bola. Mereka haruslah fokus,tekun serta berlatih dengan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali putus asa.

Apakah pesanan anda untuk C division?
Kamu haruslah yakin pada diri sendiri. Kerap berlatih bersungguh-sungguh dan mengikut segala peraturan yang diberilkan. Insyallah, kamu akan berjaya.
Teroka Seni
1:17 AM

Acara Teroka Seni telah mendedahkan berbagai bentuk seni kepada para peserta agar mereka dapat mengenali serta mempelajarinya. Acara ini menggabungkan unsur-unsur ala ‘Amazing Race’ dan ‘Art Attack’. Para peserta akan ke merata Bandar Singapura untuk mempelajari ilmu bentuk seni di lima stesen yang berlainan.
Cikgu Azriana telah menghantar empat orang pelajar untuk pertandingan ini. Mereka adalah Fathin (3E2), Azri, Afiq dan Asyraf (3A). Mereka dikehendaki berkumpul di Raffles Place di tepi Sungei Singapura pada 24 Februari pada jam 8.30 pagi.
Sebaik sahaja tiba di lo

kasi tersebut, empat orang pelajar ini digabungkan dengan lima pasukan dari sekolah yang lain untuk dijadikan sebuah kumpulan yang akin bergerak bersama sepanjang hari. Setiap pasukan telah diberikan lima kad emosi dan mereka perlu mengekspresikan emosi yang diberikan menggunakan teknik seni yang diajar di stesen tersebut. Walaupun setiap pasukan bergerak secara berkumpulan bersama peserta dari sekolah lain, tugasan di setiap stesen akin dilakukan oleh pasukan sekolah masing-masing.
5 emosi:
· Marah
· Ghairah
· Sayu
· Takut
· Sayang

Nama kumpulan : Pasukan Munshi Abdullah
Sekolah yang digabungkan bersama: Sekolah Menengah Yusof Ishak, Sekolah Menengah Yuan Ching, Sekolah Menengah Guan Yang, Sekolah Menengah Yuying dan Sekolah Menengah Springfield.

Projek Runaway (Golden Landmark)
- Asyraf berpakaian seperti palencong dan kelihatan ghairah dengan bangunan-bangunan di situ.
Tarian Seni (MRT Esplanade)
- Mereka berempat bertarian mengikut emosi sayu. Inspirasi bagi gerak-geri mereka datang dari aktiviti-aktiviti harian mereka.
Kamar Gambar (SMU)
- Di sini adalah tempat di mana mereka mempelajari bagaimana untuk mengubah sebuah gambar menggunakan Photoshop. Di sebalik gambar ini terdapat sebuah cerita tentang seorang buli yang sering mengganggu orang lain sehingga mangsanya berasa takut untuk berdepan dengannya.
Lakonan (Botanic Garden)
- Pada mulanya, mereka disuruh berlakon dalam bahasa Melayu tetapi disebabkan terdapat pelancong yang berbangsa Cina ingin turut menonton, mereka terpaksa berlakon dalam bahasa Inggeris. Ia agak payah kerana mereka harus berlakon secara spontan tetapi mereka tetap berjaya melakonkan sebuah sketsa yang mengekspresikan emosi marah dengan lancar. Pada masa ini juga, hujan turun dengan lebatnya. Oleh kerana itu, masa mereka untuk ke stesen yang lain terjejas.
Fikir Dikir (Istana Park)
- Akhirnya, mereka telah memilih untuk berdikari dengan nada yang sayang.
Permulaan : Asyraf

Diulangi : Afiq, Azri dan Fathin
Tersebut al-kisah si duyung jelita
Puteri Tunggal Raja Samudra
Bercinta dengan nelayan tua.
Di atas garis lintang khatulistiwa
Di antara bawean dan madura
Terus-terusan mereka bercinta.
Permulaan : Fathin
Diulangi : Azri, Asyraf dan Afiq
Ala ewa
Ewa bulan
Ewa bulan teraju tiga
Perhentian terakhir terletak di Mendaki Bedok. Kumpulan Munshi Abdullah tidak mendapat tempat pertama. Setiap peserta tetap diber sijil penyertaan.
Mereka berempat yang mewakili sekolah kita tidak berasa kecewa. Namun mereka berasa puas dan gembira kerana memperolehi banyak pengajaran mengenai seni budaya Melayu..
Tuesday, March 27, 2007
7:52 AM
Sahibba 07
`Siapa Cepat,Dia Dapat`
Pertandingan Sahibba telah kembali,kali ini dengan alaf yang baru, ‘Siapa Cepat, Dia Dapat.Ia mempunyai 3 pusingan yang berterusan dan masa yang diberi adalah terhad.15 minit hanya diberi untuk setiap pusingan.Peserta akan membuka jubin satu persatu dan apabila telah mengenal pasti perkataan yang hendak dibina, peserta itu haruslah mengangkat kad merah yang diberi supaya beliau dapat membina perkataan itu.
Sekolah Menengah Yusof Ishak telah menghantar 4 peserta, 2 untuk peringkat menengah bawahan dan 2 lagi untuk peringkat menengah atasan.Setiap peserta berasa amat gementar sebelum permainan dimulakan.
”Saya berasa amat gementar dan juga ghairah kerana dapat memasuki pertandingan ini,” kata Puteri Hazlinda, salah satu peserta dari sekolah kita dari kelas 3E2.
Apakah persiapan peserta-peserta kami?
”Saya telah mencari banyak perkataan yang jarang kami semua gunakan.
Kini sudah tamat pertandingan Sahibba 07 dan salah satu peserta kami telah mendapat tempat yang kelima untuk kategori menengah atasan.Suhastri telah mendapat tempat yang kelima walaupun telah berlawan dengan peserta yang hebat-hebat belaka seperti Yio Chu Kang,CHIJ Katong dan Hwa Chong.Syabas kepada Suhastri yang telah menang dan pihak sekolah amat bangga dengan kamu.”Saya berasa amat bersyukur dan tidak sangka bahawa saya berjaya mendapat tempat kelima. Ini adalah satu kejayaan buat saya,” kata Suhastri dengan gembira sekali.
Pelajar terbaik 5N untuk peperiksaan O level, YI
4:47 AM

Nurliza Bte Juma’at
Apakah rahsia anda mencapai kejayaan?
-Haruslah mengulangkaji dan membuat tugasan yang diberi kerana ia amat penting. Ia satu “revision”.
Siapakah yang telah mendorong dan menyokong mencapai cita-cita anda?
-Ibu bapa dan guru-guru di YISS telah memberi sokongan.
Bagaimanakah telah anda membahagikan masa antara aktiviti di sekolah dan pelajaran anda?
-Pada waktu petang, segala aktiviti akan dilakukan. Pada waktu malam pula, saya akan mengulangkaji pelajaran walaupun berasa letih. Saya akan belajar selama 5 jam sehingga penat. Ia berkesan jika diberi tumpuan sepenuhnya.
Bagaimanakah anda mengawal tekanan?
-Menangis. Ia membuat saya rasa lega. Saya akan duduk di dalam bilik dan membuat refleksi, apa yang telah membuat saya tertekan (mencari punca) dan memperbaiki kesalahan itu.
Pada pendapat anda, adakah pemakanan memainkan peranan penting?
-Ya, jika makan sembarangan, kita boleh jatuh sakit. Amalkan memakan sayuran dan minum “Halal Foods Booster”. Jaga tidur, sekurang-kurangnya tidur selama 8 jam.
Bolehkah anda mengongsi tips belajar?
1. Jangan lupa mengulangkaji palajaran
2. Jangan lupa membuat kerja rumah.
3. Sering menghafal sesuatu dengan bersungguh-sungguh
Apakah harapan dan pesanan anda untuk pelajar-pelajar di Yusof Ishak?
Janganlah berputus asa jika anda gagal. Teruskan perjuangan. Pilihlah politeknik kerana maktab rendah terlalu mencabar. Ia satu kerugian jika anda gagal dalam maktab rendah. Dapatkan keputusan yang cemerlang dan banggakan guru-guru di Yusof Ishak.
Muhd Rusydi bin Mohamed
Apakah rahsia anda mencapai kejayaan?
-Saya tidak ada rahsia. Yang penting, kita perlukan minat dalam mempelajari sesuatu yang baru terutama yang berat. Kita juga mesti mempunyai visi supaya kita lebih berdaya untuk belajar.
Siapakah yang telah mendorong dan menyokong mencapai cita-cita anda?
-Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dengan sokongan yang tidak henti. Tidak lupa juga kepada Cikgu Azizah, Cikgu Hazis dan cikgu-cikgu yang sewaktu dengannya. Mereka adalah satu inspirasi dan merekalah yang telah memberi saya keyakinan.
Bagaimanakah telah anda membahagikan masa antara aktiviti di sekolah dan pelajaran anda?
-Jika mempunyai keinginan untuk belajar, barulah saya belajar. Saya juga memastikan bahawa jadual telah diaturkan dan semangat haruslah ada untuk mencapai kejayaan.
Bagaimanakah anda mengawal tekanan?
-Bersukan! Kita haruslah menganggap CCA masing-masing penting sekali kerana ia dapat membantu kita melepaskan tekanan lalu membuat kita rasa bebas dari segala bebanan. Jika ada soalan, tanya guru, tukar pendapat dan kongsi masalah.
Pada pendapat anda, adakah pemakanan memainkan peranan penting?
-Sudah tentu! Tanpa pemakanan yang seimbang, kita akan jatuh sakit. Janganlah memakan makanan yang berminyak kerana ia akan menjejas pemikiran kita.
Bolehkah anda mengongsi tips belajar?
-Tentu sekali!
1. Minat
2. Keyakinan diri
3. Visi dan misi tersendiri
4. Tekun untuk belajar
Selain dari tips belajar, kita harus tidur dengan secukupnya, nikmati masa berulangkaji, makanlah secara seimbang serta nikmati dan hargai kehidupan di sekolah menengah.
Apakah harapan dan pesanan anda untuk pelajar-pelajar di Yusof Ishak?
-Janganlah mesiasiakan masa di sekolah serta kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Anggap cikgu anda sebagai mentor atau inspirasi. Jangan mengambil kesempatan atas segala yang telah mereka lakukan. Bersukurlah dengan apa yang disediakan di sekolah ini. Akhir sekali, banyak mengulangkaji agar mendapat gred yang cemerlang.
Yunihamda bin Kambali
Apakah rahsia anda mencapai kejayaan?
-Rahsia saya adalah belajar bersungguh-sungguh dan jangan putus asa. Jangan lupa bersembahyang 5 waktu dan berdoa untuk mendapat markah yang cemerlang.
Siapakah yang telah mendorong dan menyokong mencapai cita-cita anda?
-Ibu bapa saya telah mendorong saya dalam segi kasih sayang. Selain itu, cikgu-cikgu, terutama Cikgu Azizah dan kawan-kawan rapat saya turut serta memberi saya semangat untuk belajar.
Bagaimanakah telah anda membahagikan masa antara aktiviti di sekolah dan pelajaran anda?
-Selepas latihan sepak takraw, saya terus pulang dan mandi tanpa berlengah lagi. Selepas itu, saya bersembahyang lalu mengulangkaji pelajaran selama 3 jam. Saya tidur dalam pukul 11 malam.
Bagaimanakah anda mengawal tekanan?
-Saya akan bermain permainan bola “Winning 11,10” selama ½ jam. Tidak lupa juga untuk berzikir.
Pada pendapat anda, adakah pemakanan memainkan peranan penting?
-Ya. Kita haruslah memakan banyak sayuran. Sayur kegemaran saya adalah “Kangkong”. Setiap pagi, bapa saya akan menyediakan air doa untuk belajar dengan senang hati.
Bolehkah anda mengongsi tips belajar?
1. Haruslah menulis serta menghafal nota.
2. Untuk subjek matematik, haruslah banyak melakukan latihan.
Jika peperiksaan tiba, belajarlah secara berkumpulan.
Apakah harapan dan pesanan anda untuk pelajar-pelajar di Yusof Ishak?
-Khususnya untuk pelajar-pelajar Melayu, cuba menjadi pelajar yang cemerlang dan menaikkan nama Melayu. Jangan mensia-siakan waktu di sekolah kerana ini adalah tempat kita menambah ilmu. Jangan berputus asa.
$BlogItemBody$>