Pelajar terbaik 5N untuk peperiksaan O level, YI
Tuesday, March 27, 2007
4:47 AM

Nurliza Bte Juma’at
Apakah rahsia anda mencapai kejayaan?
-Haruslah mengulangkaji dan membuat tugasan yang diberi kerana ia amat penting. Ia satu “revision”.
Siapakah yang telah mendorong dan menyokong mencapai cita-cita anda?
-Ibu bapa dan guru-guru di YISS telah memberi sokongan.
Bagaimanakah telah anda membahagikan masa antara aktiviti di sekolah dan pelajaran anda?
-Pada waktu petang, segala aktiviti akan dilakukan. Pada waktu malam pula, saya akan mengulangkaji pelajaran walaupun berasa letih. Saya akan belajar selama 5 jam sehingga penat. Ia berkesan jika diberi tumpuan sepenuhnya.
Bagaimanakah anda mengawal tekanan?
-Menangis. Ia membuat saya rasa lega. Saya akan duduk di dalam bilik dan membuat refleksi, apa yang telah membuat saya tertekan (mencari punca) dan memperbaiki kesalahan itu.
Pada pendapat anda, adakah pemakanan memainkan peranan penting?
-Ya, jika makan sembarangan, kita boleh jatuh sakit. Amalkan memakan sayuran dan minum “Halal Foods Booster”. Jaga tidur, sekurang-kurangnya tidur selama 8 jam.
Bolehkah anda mengongsi tips belajar?
1. Jangan lupa mengulangkaji palajaran
2. Jangan lupa membuat kerja rumah.
3. Sering menghafal sesuatu dengan bersungguh-sungguh
Apakah harapan dan pesanan anda untuk pelajar-pelajar di Yusof Ishak?
Janganlah berputus asa jika anda gagal. Teruskan perjuangan. Pilihlah politeknik kerana maktab rendah terlalu mencabar. Ia satu kerugian jika anda gagal dalam maktab rendah. Dapatkan keputusan yang cemerlang dan banggakan guru-guru di Yusof Ishak.
Muhd Rusydi bin Mohamed
Apakah rahsia anda mencapai kejayaan?
-Saya tidak ada rahsia. Yang penting, kita perlukan minat dalam mempelajari sesuatu yang baru terutama yang berat. Kita juga mesti mempunyai visi supaya kita lebih berdaya untuk belajar.
Siapakah yang telah mendorong dan menyokong mencapai cita-cita anda?
-Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dengan sokongan yang tidak henti. Tidak lupa juga kepada Cikgu Azizah, Cikgu Hazis dan cikgu-cikgu yang sewaktu dengannya. Mereka adalah satu inspirasi dan merekalah yang telah memberi saya keyakinan.
Bagaimanakah telah anda membahagikan masa antara aktiviti di sekolah dan pelajaran anda?
-Jika mempunyai keinginan untuk belajar, barulah saya belajar. Saya juga memastikan bahawa jadual telah diaturkan dan semangat haruslah ada untuk mencapai kejayaan.
Bagaimanakah anda mengawal tekanan?
-Bersukan! Kita haruslah menganggap CCA masing-masing penting sekali kerana ia dapat membantu kita melepaskan tekanan lalu membuat kita rasa bebas dari segala bebanan. Jika ada soalan, tanya guru, tukar pendapat dan kongsi masalah.
Pada pendapat anda, adakah pemakanan memainkan peranan penting?
-Sudah tentu! Tanpa pemakanan yang seimbang, kita akan jatuh sakit. Janganlah memakan makanan yang berminyak kerana ia akan menjejas pemikiran kita.
Bolehkah anda mengongsi tips belajar?
-Tentu sekali!
1. Minat
2. Keyakinan diri
3. Visi dan misi tersendiri
4. Tekun untuk belajar
Selain dari tips belajar, kita harus tidur dengan secukupnya, nikmati masa berulangkaji, makanlah secara seimbang serta nikmati dan hargai kehidupan di sekolah menengah.
Apakah harapan dan pesanan anda untuk pelajar-pelajar di Yusof Ishak?
-Janganlah mesiasiakan masa di sekolah serta kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Anggap cikgu anda sebagai mentor atau inspirasi. Jangan mengambil kesempatan atas segala yang telah mereka lakukan. Bersukurlah dengan apa yang disediakan di sekolah ini. Akhir sekali, banyak mengulangkaji agar mendapat gred yang cemerlang.
Yunihamda bin Kambali
Apakah rahsia anda mencapai kejayaan?
-Rahsia saya adalah belajar bersungguh-sungguh dan jangan putus asa. Jangan lupa bersembahyang 5 waktu dan berdoa untuk mendapat markah yang cemerlang.
Siapakah yang telah mendorong dan menyokong mencapai cita-cita anda?
-Ibu bapa saya telah mendorong saya dalam segi kasih sayang. Selain itu, cikgu-cikgu, terutama Cikgu Azizah dan kawan-kawan rapat saya turut serta memberi saya semangat untuk belajar.
Bagaimanakah telah anda membahagikan masa antara aktiviti di sekolah dan pelajaran anda?
-Selepas latihan sepak takraw, saya terus pulang dan mandi tanpa berlengah lagi. Selepas itu, saya bersembahyang lalu mengulangkaji pelajaran selama 3 jam. Saya tidur dalam pukul 11 malam.
Bagaimanakah anda mengawal tekanan?
-Saya akan bermain permainan bola “Winning 11,10” selama ½ jam. Tidak lupa juga untuk berzikir.
Pada pendapat anda, adakah pemakanan memainkan peranan penting?
-Ya. Kita haruslah memakan banyak sayuran. Sayur kegemaran saya adalah “Kangkong”. Setiap pagi, bapa saya akan menyediakan air doa untuk belajar dengan senang hati.
Bolehkah anda mengongsi tips belajar?
1. Haruslah menulis serta menghafal nota.
2. Untuk subjek matematik, haruslah banyak melakukan latihan.
Jika peperiksaan tiba, belajarlah secara berkumpulan.
Apakah harapan dan pesanan anda untuk pelajar-pelajar di Yusof Ishak?
-Khususnya untuk pelajar-pelajar Melayu, cuba menjadi pelajar yang cemerlang dan menaikkan nama Melayu. Jangan mensia-siakan waktu di sekolah kerana ini adalah tempat kita menambah ilmu. Jangan berputus asa.
$BlogItemBody$>