<body> <body>

Teroka Seni
Wednesday, March 28, 2007
1:17 AM

Acara Teroka Seni telah mendedahkan berbagai bentuk seni kepada para peserta agar mereka dapat mengenali serta mempelajarinya. Acara ini menggabungkan unsur-unsur ala ‘Amazing Race’ dan ‘Art Attack’. Para peserta akan ke merata Bandar Singapura untuk mempelajari ilmu bentuk seni di lima stesen yang berlainan.

Cikgu Azriana telah menghantar empat orang pelajar untuk pertandingan ini. Mereka adalah Fathin (3E2), Azri, Afiq dan Asyraf (3A). Mereka dikehendaki berkumpul di Raffles Place di tepi Sungei Singapura pada 24 Februari pada jam 8.30 pagi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi tersebut, empat orang pelajar ini digabungkan dengan lima pasukan dari sekolah yang lain untuk dijadikan sebuah kumpulan yang akin bergerak bersama sepanjang hari. Setiap pasukan telah diberikan lima kad emosi dan mereka perlu mengekspresikan emosi yang diberikan menggunakan teknik seni yang diajar di stesen tersebut. Walaupun setiap pasukan bergerak secara berkumpulan bersama peserta dari sekolah lain, tugasan di setiap stesen akin dilakukan oleh pasukan sekolah masing-masing.

5 emosi:
· Marah
· Ghairah
· Sayu
· Takut
· Sayang

Nama kumpulan : Pasukan Munshi Abdullah
Sekolah yang digabungkan bersama: Sekolah Menengah Yusof Ishak, Sekolah Menengah Yuan Ching, Sekolah Menengah Guan Yang, Sekolah Menengah Yuying dan Sekolah Menengah Springfield.

Projek Runaway (Golden Landmark)
- Asyraf berpakaian seperti palencong dan kelihatan ghairah dengan bangunan-bangunan di situ.

Tarian Seni (MRT Esplanade)
- Mereka berempat bertarian mengikut emosi sayu. Inspirasi bagi gerak-geri mereka datang dari aktiviti-aktiviti harian mereka.

Kamar Gambar (SMU)
- Di sini adalah tempat di mana mereka mempelajari bagaimana untuk mengubah sebuah gambar menggunakan Photoshop. Di sebalik gambar ini terdapat sebuah cerita tentang seorang buli yang sering mengganggu orang lain sehingga mangsanya berasa takut untuk berdepan dengannya.

Lakonan (Botanic Garden)
- Pada mulanya, mereka disuruh berlakon dalam bahasa Melayu tetapi disebabkan terdapat pelancong yang berbangsa Cina ingin turut menonton, mereka terpaksa berlakon dalam bahasa Inggeris. Ia agak payah kerana mereka harus berlakon secara spontan tetapi mereka tetap berjaya melakonkan sebuah sketsa yang mengekspresikan emosi marah dengan lancar. Pada masa ini juga, hujan turun dengan lebatnya. Oleh kerana itu, masa mereka untuk ke stesen yang lain terjejas.

Fikir Dikir (Istana Park)
- Akhirnya, mereka telah memilih untuk berdikari dengan nada yang sayang.

Permulaan : Asyraf
Diulangi : Afiq, Azri dan Fathin

Tersebut al-kisah si duyung jelita
Puteri Tunggal Raja Samudra
Bercinta dengan nelayan tua.
Di atas garis lintang khatulistiwa
Di antara bawean dan madura
Terus-terusan mereka bercinta.

Permulaan : Fathin
Diulangi : Azri, Asyraf dan Afiq

Ala ewa
Ewa bulan
Ewa bulan teraju tiga


Perhentian terakhir terletak di Mendaki Bedok. Kumpulan Munshi Abdullah tidak mendapat tempat pertama. Setiap peserta tetap diber sijil penyertaan.

Mereka berempat yang mewakili sekolah kita tidak berasa kecewa. Namun mereka berasa puas dan gembira kerana memperolehi banyak pengajaran mengenai seni budaya Melayu..


SEKOLAH MENENGAH YUSOF ISHAK

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Guru-guru yang terlibat bersama:

Cikgu Azriana
dan
Cikgu Nor Azizah

Pelajar yang telah menjayakan blog ini:

Wartawan
Nurul Fathin
Noor Athishah
Nur Faiqah
Muhammad Quraisyidin
Nur Afizah
Nur Farah
Mardhiah

Jurukamera
Fikri
Khairul Ridhwan
Nizam

Webmaster
Ros Syazlin
Elyas
Muhammad Haiqal

Editor
Siti Suhastri

blog-blog pelajar
Fathin 3E2
Haiqal 3E2
Quraisyidin 3E2
Syahidah 3E1
Izdihar 3E2
Hazlinda 3E2
Fahmi 3E2
Sifra 3E1
Hakim 3E1
3A Melayu Gerek
3A Yimb-Kanaas

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

KEJAYAAN

March 2007
July 2007
August 2007
December 2007
February 2008
June 2008
July 2008