Bulan Bahasa 2007
Thursday, July 26, 2007
12:40 AM
Sabtu lalu, 27 Julai 2007, ramai pelajar-pelajar sekolah rendah telah pun hadir dalam satu acara tahunan yang mendekatkan lagi pelajar-pelajar dengan budaya bahasa melayu. Di antara sekolah yang hadir pada hari itu ialah Sekolah Rendah Keming dan Sekolah Rendah Lian Hua. Pelajar yang bertanding dalam kategori masing-masing perlu mempersembahkan persembahan mereka di hadapan penonton yang amat kecoh. Di antara kategori-kategorinya ialah pelajar harus membaca pantun, mendemaklasikan sajak dan menceritakan tentang cerita rakyat seperti cerita Ahmad Albab. Bukan sahaja perserta-perserta yang bertanding dapat meragut hadiah tetapi penonton yang paling kecoh juga berpeluang memenangi hadiah menarik. Dan pada tahun ini, Sekolah Rendah Keming sudah meragut gelaran penonton yang paling kecoh.


Bukan sahaja para pelajar sekolah rendah yang hadir pada hari itu tetapi beberapa murid Sekolah Menengah Yusof Ishak juga telah berjaya menjayakan acara ini. Seperti mengacarakan acara ini, membuat persembahan dan juga menjadi usher pada hari itu. Puan Halimah Yaccob juga turut hadir di majlis ini.

Nurul Fathin, Siti Suhastri, Puteri Hazlinda dan Siti Syakirah telah pun menjadi hos pada hari itu. Mereka kelihatan anggun pabila mereka disuruh memakai baju kurung. Dengan persiapan yang cukup, mereka kelihatan konfiden dan tidak gagap di hadapan khayalak ramai pabila mengacarakan acara itu walaupun ini adalah kali pertama mereka menjadi pengacara dalam satu majlis yang gah. Mereka telah pun mendapat pujian daripada beberapa orang yang hadir di acara itu.
Masihkah anda ingat lagi tentang pertandingan melodrama? Apabila Sekolah Menengah Yusof Ishak telah menjadi juara dalam pertandingan itu. Mereka juga turut hadir di majlis itu. Mereka telah membuat satu persembahan yang berjaya menarik perhatian penonton-penonton di situ. Ramai pelajar sekolah rendah suka pada persembahan itu. Ini kerana, mereka mengabungkan pelbagai muzik menjadi satu dan di antara muzik yang digunakan ialah lagu tema Anak Metropolitan.

Bukan mereka sahaja yang membuat persembahan pada hari itu, tetapi Dikir Barat daripada Sekolah Menengah Yusof Ishak juga telah membuat satu persembahan yang mantap pada permulaan acara itu. Kerja-keras mereka tidak sia-sia kerana persembahan mereka diminati ramai. Mereka telah menyampaikan tiga buah lagu pada hari itu. Dan cara mereka menyampaikan lagu-lagu itu telah membuat semua para penonton di situ terdiam membisu pabila melihat persembahan mereka yang sungguh menarik. Mungkin, semua yang berada di dalam dewan itu sungguh kagum dengan persembahan mereka.
Bulan Bahasa itu ditutup tirai dengan nyanyian lagu terakhir. Lagu yang dimaksudkan ialah lagu bulan bahasa. Lagu yang penuh bermakna itu telah pun menutup tirai acara itu yang diadakan selama tidak kurang dari 4 jam.

$BlogItemBody$>