<body> <body>

Melodrama 2007
Tuesday, August 28, 2007
2:21 AM



Pertandingan Melodrama telah berlangsung pada 17 Mei 2007 di HillGrove Secondary School. Empat buah sekolah telah menyertai pertandingan ini tetapi akhirnya Sekolah Menengah Yusof Ishak yang telah merangkul tempat pertama pada hari Khamis yang berbahagia itu. Para peserta Melodrama yang telah mewakili sekolah adadalh para pelajar daripada aliran Normal Teknikal. Namun kehigihan mereka menjiwai watak serta menjalani latihan bagi memastikan persembahan yang bermutu tinggi benar-benar telah mengagumkan para juri. Melodrama yang bertajuk Pokok Pangkal Diri Sendiri itu adalah hasil kreativiti para peserta dan juga guru-guru yang membimbing amnya Cikgu Siti Zainab dan dan Cikgu Azriana. Ia cuba menggabungkan drama dan tarian di dalam sebuah lagu yang telah di 'remix'. Melodrama yang dipersembahkan para pelajar Sekolah Mennegah Yusof Ishak ini berkisarkan sekumpulan remaja yang pada mulanya hanyut. Namun sekiranya mereka mahu, keadaan itu boleh berubah dan mereka boleh menempah nama ke arah kejayaan. Pokok pangkalnya, ada kemahuan ataupun tidak.

Awang Belanga...Kononnya
1:27 AM

Persembahan itu telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Ogos 2007 di Institut Millenia. Mereka telah mengambil beberapa murid-murid daripada Institut Millenia untuk menjayakan acara itu. Acara itu sepatutnya diadakan di theatre Blackbox tetapi mereka telah mendapatkan sokongan yang ramai daripada umum untuk menonton persembahan mereka. Kerana itu, mereka telah mengadakan persembahan di theatre yang lebih besar. Mereka telah menghiasi pentas itu dengan 'props' yang telah disediakan oleh beberapa guru-guru dan juga pelajar sekolah itu. Pentas itu telah dihiasi seolah-olah anda berada di dalam sebuah hutan.



Pelakon-pelakon itu telah menjiwai watak-watak mereka dengan penuh keyakinan diri. Mereka telah berinteraksi dengan para penonton di sesetengah babak-babak cerita mereka. Cara mereka mempersembahkan cerita itu amat unik. Mereka telah bernyanyi, berjoget dan berlakon semasa membuat persembahan.



Jalan cerita itu amat menarik kerana mereka telah berjaya menggabungkan beberapa sedutan daripada cerita-cerita rakyat melayu dan barat seperti 'The Three Little Pigs' dan 'Si Kancil'.
Cara mereka mempersembahkan telah mencuit hati penonton. Ini adalah satu perkara yang bagus kerana ia telah mencungkilkan lagi bakat mereka. Cara mereka menutup tirai persembahan itu sungguh berlainan dengan persembahan-persembahan lain kerana telah mengucapkan terima kasih kepada semua penolong-penolong menjayakan acara itu, termasuk para penonton, dalam bentuk lagu.


SEKOLAH MENENGAH YUSOF ISHAK

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Guru-guru yang terlibat bersama:

Cikgu Azriana
dan
Cikgu Nor Azizah

Pelajar yang telah menjayakan blog ini:

Wartawan
Nurul Fathin
Noor Athishah
Nur Faiqah
Muhammad Quraisyidin
Nur Afizah
Nur Farah
Mardhiah

Jurukamera
Fikri
Khairul Ridhwan
Nizam

Webmaster
Ros Syazlin
Elyas
Muhammad Haiqal

Editor
Siti Suhastri

blog-blog pelajar
Fathin 3E2
Haiqal 3E2
Quraisyidin 3E2
Syahidah 3E1
Izdihar 3E2
Hazlinda 3E2
Fahmi 3E2
Sifra 3E1
Hakim 3E1
3A Melayu Gerek
3A Yimb-Kanaas

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

KEJAYAAN

March 2007
July 2007
August 2007
December 2007
February 2008
June 2008
July 2008