Awang Belanga...Kononnya
Tuesday, August 28, 2007
1:27 AM
Persembahan itu telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Ogos 2007 di Institut Millenia. Mereka telah mengambil beberapa murid-murid daripada Institut Millenia untuk menjayakan acara itu. Acara itu sepatutnya diadakan di theatre Blackbox tetapi mereka telah mendapatkan sokongan yang ramai daripada umum untuk menonton persembahan mereka. Kerana itu, mereka telah mengadakan persembahan di theatre yang lebih besar. Mereka telah menghiasi pentas itu dengan 'props' yang telah disediakan oleh beberapa guru-guru dan juga pelajar sekolah itu. Pentas itu telah dihiasi seolah-olah anda berada di dalam sebuah hutan.
Pelakon-pelakon itu telah menjiwai watak-watak mereka dengan penuh keyakinan diri. Mereka telah berinteraksi dengan para penonton di sesetengah babak-babak cerita mereka. Cara mereka mempersembahkan cerita itu amat unik. Mereka telah bernyanyi, berjoget dan berlakon semasa membuat persembahan.
Jalan cerita itu amat menarik kerana mereka telah berjaya menggabungkan beberapa sedutan daripada cerita-cerita rakyat melayu dan barat seperti
'The Three Little Pigs' dan
'Si Kancil'.Cara mereka mempersembahkan telah mencuit hati penonton. Ini adalah satu perkara yang bagus kerana ia telah mencungkilkan lagi bakat mereka. Cara mereka menutup tirai persembahan itu sungguh berlainan dengan persembahan-persembahan lain kerana telah mengucapkan terima kasih kepada semua penolong-penolong menjayakan acara itu, termasuk para penonton, dalam bentuk lagu.
$BlogItemBody$>