Sunday, December 23, 2007
1:27 AM
14 Disember .9-12ptg.Selain dari berlatih untuk pertandingan , Citra Putra juga harus mempersembahkan yang terbaik pada hari 18Disember nanti . Kanak-kanak dari IYAD childcare centre akan turun pada hari tersebut untuk mempelajari dan mendekati lagi dengan budaya Melayu . Abang-abang Citra Putra sudah tentu akan mengajar mereka cara berdikir barat .Mesti suasananya meriahkan?
Wahai Citra Putra ,
Kanak-Kanak IYAD semuanya manja,
Alamak! Tinggal 8 hari sahaja !
10 Disember.Walaupun masa sudah suntuk , mereka masih sempat untuk bersuka-ria di Costa Sands Resort. Cuaca pada hari itu tidak berapa mengizinkan . Mereka terpaksa menghindari daripada bermain di luar . Tanpa berlengah lagi , Citra Putra menyambung latihan mereka.Sementara menunggu anggota-anggota yang lain tiba , ada di antara mereka telah mengongsi idea-idea baru . Ini sudah tentu memberi manfaat kepada kumpulan itu kerana kreativiti juga adalah salah satu kriteria dalam pertandingan mereka. Sesudahnya anggota-anggota yang lain tiba , mereka masih berlatih hingga lewat malam . Mudah-mudahan kerja keras mereka berbaloi !
Wahai Citra Putra ,
Sebelum tidur gosoklah gigi,
Cepat ! Hanya 12 hari lagi !
Thursday, December 20, 2007
6:57 PM
7 Disember.9-12ptg.Kilat sambung –menyambung . Hujan turun dengan lebat . Ramai tidak hadir untuk latihan hari ini . Namun begitu , anggota-anggota yang hadir tetap berlatih dengan bersungguh-sungguh. Mereka saling bantu-membantu dan memeriksa jika ragam-ragam dilakukan dengan sempurna . Pada hari ini, saya juga telah melangsungkan sebuah wawancara bersama anggota termuda Citra Putra , Alfyan Al-Qusyairi , 1T1 .
Anda ialah anggota termuda Citra Putra. Apakah perasaan anda semasa bekerja dengan anggota-anggota yang lebin dewasa dari anda ?
“Pada mulanya , saya berasa takut kerana saya tidak beberapa mengenali mereka . Tetapisetelah beberapa latihan, saya dapati mereka peramah dan sering membimbing saya .Kini, saya berasa bangga menjadi salah satu daripada anggota Citra Putra .”
Sudahkah anda bersedia untuk pertandingan yang akan tiba?
“Saya masih kurang yakin kerana masih banyak lagi yang harus saya pelajari . Namun begitu , saya tidak akan berputus asa”.
Wahai Citra Putra ,
Ramai yang ada urusan sendiri
Ingat ! Hanya 15 hari lagi !
6:45 PM
4 Disember. 2-5ptg .
Citra Putra memulakan latihan untuk pertandingan yang mereka akan berlangsung pada 22 Disember. Mereka sudah pun berlatih lagu baru yang dibimbingi oleh seorang pelatih , Fadzlee.Cikgu Muslim telah menayangkan video yang diambil semasa persembahan mereka Sabtu lalu. Ini membantu Citra Putra untuk memperbaiki diri mereka supaya mereka supaya mereka boleh membawa piala pulang pada hari itu . Walaupun mereka sedang berlatih , mereka sempat untuk bergurau-senda . Dengan cara ini , mereka tidak akan senang bosan . Latihan mereka berakhir sekitar 6 petang .Hanya tinggal masa 19 hari sebelum pertadingan mereka.Semoga berjaya!Wahai Citra Putra ,
Membuang masa kita yang rugi,
Ayuh ! Hanya 18 hari lagi !
Persembahan untuk IYAD Childcare Centre.
Wednesday, December 19, 2007
2:07 AM
Pada tanggal 19 Disember, kanak-kanak IYAD Childcare Centre disambut mesra dengan persembahan Selembut Sutera. Kanak-kanak itu comel-comel belaka. Mereka kelihatan ghaira dengan persembahan mantap dari abang-abang Citra Putra. Guru-guru IYAD Childcare Centre juga tertarik apatah lagi dengan suara pelatih mereka, Fadzlee, yang mencuit hati. Selepas persembahan, kanak-kanak itu dipecah kepada pelbagai kumpulan dan dibimbingi oleh ahli-ahli anggota Citra Putra untuk mempelajari Selembut Sutera. Suasananya amat meriah dengan semangat dan teriakan mereka. Ada di antara mereka berasa malu untuk bernyanyi pada mulanya. Maklumlah, siapa tidak berasa segan apabila diajar oleh abang-abang yang kacak-kacak belaka, bukan? Ada juga yang sungguh berminat untuk bernyanyi. Pada akhirnya, kanak-kanak IYAD berjaya untuk mempersembahkan yang terbaik. Selepas itu, Citra Putra bersambung dengalh latihan mereka hingga lewat petang.
Citra Putra sewaktu Kampung Days
Thursday, December 6, 2007
12:00 AM






1Disember 2007.
5-10mlm.
Masihkah anda ingat pada zaman dimana Singapura masih mempunyai kampung? Pada zaman orang-orang Melayu tinggal di kampung, mereka akan bergotong-royong untuk mengayam ketupat dan juga mengacau dodol bersama-sama apabila tibanya bulan syawal yang mulia. Kini , agak sukar untuk melihat kegiatan sebegitu kerana boleh dikatakan tiada lagi perkampungan Melayu di Singapura.
Namun, Sabtu lalu, sebuah karnival yang diberi tema ‘ Nostalgia Zaman Kampung'; telah diadakan di estet perumahan Bukit Batok East. Karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada kaum dan bangsa lain dan bertujuan untuk terus menghidupkan budaya Melayu yang semakin malap dewasa ini. Kanival ini telah berjaya menarik perhatian awam dan ramai penduduk di kawasan Bukit Batok. Mereka menyokong dan turut menjayakan kanival ini dengan menghadirkan diri beramai ke kawasan lelapang yang dipenuhi dengan gerai pelbagai acara. Terdapat juga kaum yang berbangsa lain turut hadir untuk menjayakan acara itu .
Gerai-gerai yang mempamerkan kesenian dan budaya Melayu seperti dikir barat, gabungan Sekolah Menengah Yusof Ishak dan Sekolah Pemerintah Tinggi Bukit Panjang ada disediakan. Gerai ini telah mempamerkan bahan dan informasi mengenai dikir barat dan juga alat-alat muzik seperti maracas, gong dan rebana. Selain daripada gerai pameran dikir barat, terdapat juga gerai pameran tarian Melayu dan gerai pameran kumpulan kompang. Ramai yang hadir di kanival itu tertarik pada gerai pameran dodol. Ini kerana mereka berpeluang untuk belajar bagaimana hendak membuat dodol dan berpeluang mencuba mengacau dodol yang sedang dimasak untuk dihidangkan kepada semua yang hadir di karnival itu. Selain daripada gerai pameran dodol, para hadirin juga tertarik kepada gerai pameran permainan tradisional Melayu yang dijayakan oleh Persatuan Ain . Mereka mempamerkan permainan Melayu seperti congkak, sepak takraw dan gasing. Pengunjung dapat mencuba permainan-permainan tersebut.
Selain daripada gerai pameran, para hadirin juga tertarik kepada persembahan yang mula seawal jam 5 petang hingga 10.30 malam. Antara persembahan yang dipersembahkan pada acara itu ialah persembahan tarian Melayu, dikir barat, kompang dan juga silat. Ramai berasa seronok dengan persembahan silat yang menggunakan batang buluh dan juga senjata tajam seperti parang sebagai sebahagian persembahan mereka.
Tetamu terhormat pada malam itu, MP GRC Jurong, Puan Halimah Yacob, tiba pada jam 7.45 malam. “Saya rasa amat gembira walaupun ini bukan pertama kali karnival sebegini diadakan , tapi ia mampu mengeratkan silaturahim antara kaum Melayu dan memahami lebih tentang budaya kami. Dahulu, sebelum beberapa minggu menjelang Hari Raya Aidilfitri, saya melihat jiran-jiran saya mengacau dodol. Tetapi sekarang agak payah untuk melihat orang-orang mengacau dodol. Saya masih terkenang semasa di kampung dahulu," ujar Puan Halimah Yacob.
Dengan itu, karnival sebegini memang wajar diadakan setiap tahun untuk mengekalkan dan menguatkan lagi identiti Melayu di dalam negeri ini supaya kaum Melayu di Singapura tidak akan lupa pada dasarnya.
$BlogItemBody$>