Citra Putra sewaktu Kampung Days
Thursday, December 6, 2007
12:00 AM






1Disember 2007.
5-10mlm.
Masihkah anda ingat pada zaman dimana Singapura masih mempunyai kampung? Pada zaman orang-orang Melayu tinggal di kampung, mereka akan bergotong-royong untuk mengayam ketupat dan juga mengacau dodol bersama-sama apabila tibanya bulan syawal yang mulia. Kini , agak sukar untuk melihat kegiatan sebegitu kerana boleh dikatakan tiada lagi perkampungan Melayu di Singapura.
Namun, Sabtu lalu, sebuah karnival yang diberi tema ‘ Nostalgia Zaman Kampung'; telah diadakan di estet perumahan Bukit Batok East. Karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada kaum dan bangsa lain dan bertujuan untuk terus menghidupkan budaya Melayu yang semakin malap dewasa ini. Kanival ini telah berjaya menarik perhatian awam dan ramai penduduk di kawasan Bukit Batok. Mereka menyokong dan turut menjayakan kanival ini dengan menghadirkan diri beramai ke kawasan lelapang yang dipenuhi dengan gerai pelbagai acara. Terdapat juga kaum yang berbangsa lain turut hadir untuk menjayakan acara itu .
Gerai-gerai yang mempamerkan kesenian dan budaya Melayu seperti dikir barat, gabungan Sekolah Menengah Yusof Ishak dan Sekolah Pemerintah Tinggi Bukit Panjang ada disediakan. Gerai ini telah mempamerkan bahan dan informasi mengenai dikir barat dan juga alat-alat muzik seperti maracas, gong dan rebana. Selain daripada gerai pameran dikir barat, terdapat juga gerai pameran tarian Melayu dan gerai pameran kumpulan kompang. Ramai yang hadir di kanival itu tertarik pada gerai pameran dodol. Ini kerana mereka berpeluang untuk belajar bagaimana hendak membuat dodol dan berpeluang mencuba mengacau dodol yang sedang dimasak untuk dihidangkan kepada semua yang hadir di karnival itu. Selain daripada gerai pameran dodol, para hadirin juga tertarik kepada gerai pameran permainan tradisional Melayu yang dijayakan oleh Persatuan Ain . Mereka mempamerkan permainan Melayu seperti congkak, sepak takraw dan gasing. Pengunjung dapat mencuba permainan-permainan tersebut.
Selain daripada gerai pameran, para hadirin juga tertarik kepada persembahan yang mula seawal jam 5 petang hingga 10.30 malam. Antara persembahan yang dipersembahkan pada acara itu ialah persembahan tarian Melayu, dikir barat, kompang dan juga silat. Ramai berasa seronok dengan persembahan silat yang menggunakan batang buluh dan juga senjata tajam seperti parang sebagai sebahagian persembahan mereka.
Tetamu terhormat pada malam itu, MP GRC Jurong, Puan Halimah Yacob, tiba pada jam 7.45 malam. “Saya rasa amat gembira walaupun ini bukan pertama kali karnival sebegini diadakan , tapi ia mampu mengeratkan silaturahim antara kaum Melayu dan memahami lebih tentang budaya kami. Dahulu, sebelum beberapa minggu menjelang Hari Raya Aidilfitri, saya melihat jiran-jiran saya mengacau dodol. Tetapi sekarang agak payah untuk melihat orang-orang mengacau dodol. Saya masih terkenang semasa di kampung dahulu," ujar Puan Halimah Yacob.
Dengan itu, karnival sebegini memang wajar diadakan setiap tahun untuk mengekalkan dan menguatkan lagi identiti Melayu di dalam negeri ini supaya kaum Melayu di Singapura tidak akan lupa pada dasarnya.
$BlogItemBody$>