Pertandingan Sahibba, Siapa Cepat Dia Dapat 2008
Wednesday, February 27, 2008
2:24 AM
Peserta pertandingan SahibbaSiti Suhastri (4E1) dan Puteri Hazlinda (4E2) telah mewakili YISS untuk pertandingan Sahibba Siapa Cepat Dia Dapat 2008. Setelah berlatih selama beberap minggu, mereka akhirnya bertanding di ruang pertandingan Instituisi Millenia. Pada 23 Feb lalu, kedua-dua perserta berpeluang berawan dengan peserta-peserta dari Sekolah Menengah Si Ling, Evergreen dan Fuhua. Ini membuka ruang yang lebih luas untuk Siti Suhastri dan Puteri Hazlinda untuk membawa piala pulang. Setelah 3 pusingan berakhir, 15 minit untuk setiap pusingan, akhirnya mereka berasa sedikit lega dan tenang. Sementara menunggu keputusan, kami menanti di dewan auditorium sambil menyaksikan filem 'Mukhsin' dan persembahan oleh Perbayu, yang dianggotai oleh pelajar melayu Instituisi Millenia. Setelah menantikan selamak 45 minit untuk kehadiran tetamu terhormat, keputusan pun diumumkan. Tahniah kepada Siti Suhastri kerana memenangi tempat ke sepuluh secara keseluruhan bagi kategori menengah atasan. Mereka tetap berfikiran positif dan tidak berasa kecewa walaupun mereka kalah di yangan Sekolah Menengah Tanjung Katong yang memenangi kategori menengah atasan dan juga kategori secara keseluruhan. Thaniah kepada yang menang, dan yang kalah usahlah berkecil hati kerana menang dan kalah ialah adat pertandingan. Saya yakin, walaupun Hazlinda gagal memenangi piala, beliau tetap berasa berpuas hati kerana beliau dapat menjadikan pertandingan ini sebagai satu memori yang sukar dilupakan.
Puteri Hazlinda cuba mengatasi pelawannya semasa pusingan kedua.
Siti Suhastri memberi senyuman konfident setelah akhirnya pusingan ketiga.
$BlogItemBody$>