Piala Khatulistiwa 2007
Wednesday, February 27, 2008
2:15 AM
Kedengaran gong dipukul dan rebana digendang memenuhi dewan Politeknik Ngee Ann pada hari Sabtu 22 Disember. Hari tersebut penting bagi kumpulan-kumpulan dikir barat yang menyertai pertandingan. Piala Khatulistiwa 2007. Kumpulan-kumpulan dikir barat kami, Citra Putra, juga tidak ketinggalan. Setelah berlatih berturut-turut untuk beberapa minggu, akhirnya mereka akan mempersembahkan yang terbaik pada hari itu. Penyokong-penyokong Citra Putra turut memeriahkan lagi suasana. Untuk memberikan mereka semangat, penyokong-penyokong Citra Putra juga telah membina sebuah sepandut yang mempunyai nama-nama setiap ahli anggota Citra Putra. Di belakang pentas, Cikgu Azriana membantu mendandankan mereka dan sudah tentunya memeberi kata-kata perangsang.
Pertandingan bermula sekitar 11 pagi. Citra Putra sedar bahawa mereka akan bersaing dengan beberap kumpulan dari Politeknik dan pelajar dari Institusi Teknikal yang lebih berpengalaman. Mereka berasa amat gementar. Maklumlah, Citra Putra hanya dibina beberapa bulan yang lalu. Walaupun begitu, mereka tidak akan mensia-siakan penat lelah semasa berlatih dan tetap mempersembahkan yang terbaik. Menang atau kalah sudah menjadi adat pertandingan kan?
Semua kumpulan dikir barat hebat-hebat belaka. Citra Putra adalah persaingan ketiga untuk membuat persembahan. Semasa mereka menjejak ke pentas, kelihatan wajah-wajah mereka penuh dengan semangat. Juara kami berjaya menjual seni kata lagunya walaupun tidak sepenuhnya. Mujurlah tukan karut tidak lupa karutnya.
Keputusan diumukan pada jam 4 petang. Sebelum pengumumman, para juri telah memberi beberapa pesahan agar kumpulan dikir barat dapat memperbaiki persembahan mereka. Sayang sekali, Citra Putra tidak membawa pulang hadiah. Walaupun mereka kalah, mereka tetap bangga dengan pengalam yang telah diperolehi.
$BlogItemBody$>