Negeri Sembilan Pelegong
Thursday, July 10, 2008
7:09 PM
Pada 11 hb Jun hingga 14 hb Jun, sekumpulan murid-murid daripada menengah dua telah ke Kampung Pelegong, di Negeri Sembilan. Banyak yang kita dapat pelajari di sana.
Pada hari pertama, kita membuat “Batik Painting” di Johor Baharu. Selepas itu, kita meneruskan perjalanan kita ke Pelegong. Setiba di sana, kita bermula dengan bersalam-salaman dengan keluarga angkat kita. Sesudah itu, kita bercuba berkenal-kenalan dengan mereka di dalam kampungnya. Pada waktu malam, kita mempelajari bermain alat tradisional musik mereka, iaitu Cak Lempong. Kita pun mempelajari menari tarian tradisional mereka, iaitu Tarian Piring.
Pada hari kedua pula, kita membuat “river trekking”, sungainya amat sejuk dan menyenangkan. Kami pun dapat mempelajari tentang tanah liat yang terdapat di persisiran sungai itu. Aktiviti pada waktu petang ialah, bermain permainan kampung dan kita pun dapat berjalan-jalan ke sekitar kampung bersama-sama. Dari situ, kita dapat mempelajari banyak benda tentang tumbuhan-tumbuhan di kampung. Kita pun dapat mencuba memancing dan melihat kambing-kambing di sana. Pada waktu malam pula, malam kebudayaan telah diadakan. Untuk lebih meriahkan sambutan itu, setiap murid harus berpakaian tradisional melayu yang dipinjam oleh keluarga angkat mereka. Kita pula harus mempersembahkan Tarian Piring dan permainan Cak Lempong yang kita sudah pelajari pada malam yang pertama. Sambutan pada malam itu sungguh menarik dan semua orang, termasuk guru-guru berseronok dengan sambutan malam itu.
Pada hari ketiga, kita telah ke Sekolah Menengah Agama Perseketuan. Kita berjalan-jalan ke sekitar sekolah itu dan melihat bagaimana lainnya sekolah di sana dan di Singapura. Apabila kita sudah pulang ke kampung, kita mempelajari bagaimana harus membuat lemang dan memasak lemak cili api. Activiti selepas itu ialah “Explore Race.” Ia menguji berapa banyak kita sudah pelajari daripada “Kampung Walk” yang telah diadakan pada hari kedua. Pada waktu malam pula, kita membuat kraft tangan. Kita mempelajari bagaimana harus membuat bakul kecil dengan menggunakan rotan.
Hari terakhir, ialah hari yang paling menyedihkan untuk kita semua. Sebelum pulang ke Singapura, kita mendapat hadiah sebagai cendara mata kita di sana. Gambar-gambar pun dipetik bersama-sama. Ada yang menangis selepas bersalam-salaman dengan keluarga angkat pada kali terakhir. Tidak akan kita lupakan dengan pengalaman kita di sana dan kita harap, kita dapat berpeluang untuk ke sana lagi. Amat rindu kita dengan kampung itu dan semua keluarga-keluarga angkat kita di sana.
$BlogItemBody$>